Saturday, June 16, 2012/ -1:42 AM
Masyarakat Feudal STPM
Apa itu
masyarakat ?
- masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu atau pergaulan hidup.
- dari segi bahasa, masyarakat ialah komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu.
- dari sudut istilah, masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial.
- masyarakat ialah rakyat dalam sesebuah negara.
Apa itu feudal ?
- sebuah kerajaan politik tempatan yang ditadbir oleh individu-individu tertentu dan bukan wakil oleh kerajaan pusat.
- dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.
- ahli sejarah berpendapat, feudalisme merupakan fenomena politik ketenteraan yang menekankan kewujudan unsur-unsur pembahagian kuasa, sistem undang-undang dan kelas-kelas ketenteraan persendirian yang diasaskan oleh vassalage-fief.
- feudalisme ditakrif sebagai fenomena sosio-ekonomi.
- konsep feudalisme terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan empayar Charlemagne sehingga abad ke-14 M.
- Marc Bloch mentakrif istilah feudal digunakan untuk menerangkan seluruh kelakuan dan adat yang sekian lama diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan masyarakat yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi oleh golongan atasan (Mohd Kamal Kamaruddin, 2009: 49).
> masyarakat feudal ialah masyarakat/golongan bawahan yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan/golongan atasan.
> golongan atasan dan golongan bawahan saling memerlukan antara satu sama lain.
Faktor kemunculan sistem feudal di Eropah
i) keperluan mendapatkan perlindungan
-> pada zaman Pertengahan Awal, kehidupan masyarakat amat sukar akibat serangan dan rompakan orang Gasar.
-> apabila diserang oleh raja-raja Gasar, masyarakat dengan rela memberi penghormatan kepada mereka untuk mendapat perlindungan dan meneruskan hidup.
-> hubungan masyarakat dengan dunia luar terputus dan harta yang paling berharga bagi masyarakat pada masa itu ialah tanah.
-> sebagai balasan perlindungan, masyarakat menyerahkan tanah dan diri mereka kepada tuan-tuan tanah iaitu lords. sebahagian hasil tanaman juga dijanjikan untuk diberi kepada lords dan menjadi tenaga tentera.
-> tuan-tuan tanah juga bermusuh antara satu sama lain.
-> oleh itu, tuan-tuan tanah memerlukan perlindungan dari golongan bangsawan melalui penguasaan ke atas tanah dan anak-anak buah dan hamba-hambanya.
-> tuan-tuan tanah yang mempunyai tanah daripada raja/duke disebut sebagai tenants in chief iaitu ketua penyewa. tanah tersebut akan disewakan dan diusahakan oleh orang lain. lords akan menerima kesetiaan daripada penyewa tersebut.
ii) pengaruh Rom
~> pada akhir era pemerintahan Rom, ramai golongan bangsawan mengambil alih pentadbiran tempatan.
~> golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, perundangan dan mengutip cukai.
~> petani terpaksa membayar cukai yang tinggi untuk mendapat dan menjamin keselamatan. petani-petani juga menyerahkan tanah mereka kepada tuan-tuan tanah utama iaitu magnates dan tanah-tanah tersebut disatukan menjadi estet.
s
~> sebagai pampasan, lord membenarkan petani menggunakan tanah tersebut seumur hidup. perjanjian ini dikenali sebagai precarium. pajakan precarium meringankan beban petani berbanding cukai tinggi yang dikenakan Rom.
~> amalan patrocinium membenarkan masyarakat atau rakyat miskin bekerja dengan golongan bangsawan yang berpengaruh untuk menyara hidup. tentera-tentera persendirian juga terbentuk untuk melindungi golongan bangsawan dan petani.
~> petani-petani yang mengusahakan estet Rom mula bersatu dengan petani yang memegang pajakan patrocinium. perubahan masa menyebabkan kedua-dua kumpulan ini menjadi serf.
iii) pengaruh Jerman
=> kebanjiran puak Jerman pada zaman Pertengahan Awal membawa kepada sistem lord atau vassal yang dipanggil comitatus. sistem ini sama seperti patrocinium dan pemerintah Jerman atau herzog menyediakan makanan dan senjata kepada orangnya.
=> tentera-tentera Jerman memberi naungan kepada patron-patron Rom dan membentuk tentera persendirian besar iaitu bucellarians. hubungan yang wujud ini dikenali sebagai feudal.
a) struktur sistem feudal yang diamalkan di Eropah adalah berbentuk piramid yang terdiri oleh golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
b) golongan pemerintah tertinggi ialah raja. lapisan kedua ialah golongan anak raja, golongan bangsawan dan juga pembesar-pembesar.
c) golongan yang diperintah ialah rakyat biasa.
Raja/ Maharaja
I
v
Bangsawan
I
v
Penguasa gereja
I
v
Knight/ Pahlawan
I
v
Rakyat biasa